TUGAS
MAKALAH
Judul :
Fiqih Jinayah
Disusun Oleh :
1. Andy syahri
2.Bryan Armando
3. Muhammad
Azmy
4.Basri Hadi
TEKNIK ELEKTRO
C
Pengertian Jinayat
Jinayah menurut
fuqaha’ ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang
untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang
lain dengan sengaja.
Penta`rifan tersebut adalah khusus
pada kesalahan-kesalahan bersabit dengan perlakuan seseorang membunuh atau
menghilangkan anggota tubuh badan seseorang yang lain atau mencederakan atau
melukakannya yang wajib di kenakan hukuman qisas atau diyat.
Kesalahan-kesalahan yang melibatkan harta benda, akal
fikiran dan sebagainya adalah termasuk dalam jinayah yang umum yang tertakluk
di bawahnya semua kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat
atau ta`zir.
Faedah dan manfaat
daripada Pengajaran Jinayat :
1) Menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku
berbunuhan sesama sendiri dan sebagainya
2) Menjaga keamanan maruah di dalam masyarakat
daripada segala fitrah tuduh-menuduh.
3) Menjaga keamanan maruah di dalam harta benda dan
nyawa daripada kecurian, ragut dan lain-lain.
4) Berhubung dengan keamanan negara dan
menyelenggarakan keselamatan diri.
5) Perkara yang berhubung di antara orang-orang Islam
dengan orang-orang kafir di dalam negara Islam Pembunuhan
Bentuk Hukuman Yang Dikenakan Kepada
Penjenayah
Mengikut
peruntukan hukum syara` yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith dan
yang dikuat kuasakan dalam undang-undang jinayah syar`iyyah,
penjenayah-penjenayah yang didakwa di bawah kes jinayah syar`iyyah apabila
sabit kesalahannya di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, qisas,
diyat atau ta`zir.
Hukuman-hukuman
ini adalah tertakluk kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh
penjenayah-penjenayah tersebut.
1.
Hukuman Hudud
Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di
dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan
sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah
tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar
ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah
termasuk dalam golongan orang yang zalim. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah
orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Baqarah, 2:229).
Kesalahan-kesalahan
yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:
a) Berzina,
iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara`.
b) Menuduh
orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi
suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan
empat orang saksi.
c) Minum arak
atau minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
d) Mencuri,
iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya
tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan
atau milik tuannya.
e) Murtad,
iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan
perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
f) Merompak
(hirabah), iiatu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil
harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
g) Penderhaka
(bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada
pemerintah yang menjalankan syari`at Islam dan hukum-hukum Islam.
2. Hukuman
Qisas
Hukuman qisas
adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan
oleh Allah di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith. Hukuman qisas ialah kesalahan yang
dikenakan hukuman balas.
Membunuh
dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan
melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.
Kesalahan-kesalahan
yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:
a) Membunuh
orang lain dengan sengaja.
b)
Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan
sengaja.
c) Melukakan
orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib
dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh. Firman Allah
s.w.t. yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas
(balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh.” (Surah
Al-Baqarah, 2:178)
Hukuman
menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya
wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka
seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.
Firman Allah
s.w.t. yang bermaksud:
“Dan Kami telah
tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan
jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan
telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka
juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak
membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak
menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Ma’idah: 45)
3.
Hukuman Diyat
Hukuman diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah
kepada wali atau waris sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh
penjenayah ke atas. Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang
sehubungan dengan kesalahan qisas dan ia sebagai gantirugi di atas
kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan atau melukakannya.
Kesalahan-kesalahan
yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah:
a) Pembunuhan
yang serupa sengaja.
b) Pembunuhan
yang tersalah (tidak sengaja).
c) Pembunuhan
yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris orang yang dibunuh. Firman
Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Maka sesiapa
(pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang
terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik
(dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan
(bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu
keringanan dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa
yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang
tidak terperi sakitnya.” (Surah Al-Baqarah, 2:178)
4.
Hukuman Ta`zir
Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera,
iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman
ta`zir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di
dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith.
Hukuman ta`zir
adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam
mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana
kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya
dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.
Jenis, kadar
dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk
menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas
penjenayah-penjenayah itu kerana hukuman ta`zir itu adalah bertujuan untuk
menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka
lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka.
Tujuan
Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta’zir
Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah
syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang
tertakluk di bawahnya lima perkara:
1.
Menjaga agama,
iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang
sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat
terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan
dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Sesiapa yang
menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia.” (Riwayat Bukhari)
2. Menjaga
nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota
tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh
manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib
dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang
bermaksud:
“Dan di dalam
hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal
fikiran supaya kamu bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah, 2:179)
3. Menjaga akal
fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum
arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib
dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana
yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang
bermaksud:
“Rasulullah
s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat,
dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan
Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .
4. Menjaga
keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab
keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan
haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum
sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang
diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:
“Ambillah
peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah
telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya
disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan
janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat
dan direjam.” (Riwayat Muslim dan Abu Daud)
5. Menjaga
harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak
dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan
hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang
negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu
dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Dan orang
lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah
tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan,
(juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha
Kuasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Ma’idah: 38)
Firman Allah
s.w.t. lagi yang bermaksud:
“Sesungguhnya
balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana
kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di
jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak
merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong
tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau
dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang
demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak
mereka beroleh azab siksa yang amat besar.” (Surah Al-Ma’idah: 33)
Zina
Ialah
persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa
nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan
kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam
takrif (persetubuhan yang meragukan).
Jika seorang
lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan lelaki itu
menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan
perempuan itu bukan isterinya atau lelaki tadi menyangka bahawa perkahwinannya
dengan perempuan yang disetubuhinya itu sah mengikut hukum syarak, sedangkan
sebenarnya perkahwinan mereka itu tidak sah, maka dalam kes ini kedua-dua orang
itu tidak boleh didakwa dibawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman
hudud, kerana persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam wati’ subhah iaitu
persetubuhan yang meragukan.
Mengikut
peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang
dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang
melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib
dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud :
“Perempuan yang
berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari
kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas
kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu
beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa
yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang
beriman”. (Surah An- Nur ayat 2)
ZINA TERBAHAGI
KEPADA DUA :
1. ZINA MUHSAN
2. ZINA BUKAN MUHSAN
ZINA MUHSAN
Iaitu lelaki
atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan yang halal (sudah
pernah berkahwin)
ZINA BUKAN
MUHSAN
Iaitu lelaki
atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan yang halal (belum
pernah berkahwin).
Perzinaan yang boleh dituduh dan didakwa dibawah
kesalahan Zina Muhsan ialah lelaki atau perempuan yang telah baligh, berakal,
merdeka dan telah pernah berkahwin, iaitu telah merasai kenikmatan persetubuhan
secara halal.
Penzinaan yang tidak cukup syarat-syarat yang
disebutkan bagi perkara diatas tidak boleh dituduh dan didakwa dibawah
kesalahan zina muhsan, tetapi mereka itu boleh dituduh dan didakwa dibawah
kesalahan zina bukan muhsan mengikut syarat-syarat yang dikehendaki oleh hukum
syarak.
HUKUMAN YANG
DIKENAKAN KEATAS ORANG YANG ZINA MUHSAN DAN BUKAN MUHSAN
Seseorang yang
melakukan zina Muhsan, sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan keatas
mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya
hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin
juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :
”Lelaki atau
perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam),
iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.
Seseorang yang melakukan zina bukan muhsan sama ada
lelaki atau perempuan wajib dikenakan ke atas mereka hukuman sebat 100 kali
sebat dan buang negeri selama setahun sebagaimana terdapat di dalam kitab
Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud :
”Lelaki atau
perempuan yang melakukan zina bukan muhsin wajib dikenakan keatas mereka sebat
100 kali sebat dan buang negeri selama setahun”.
PEREMPUAN YANG
DI ROGOL DAN DI PERKOSA
Perempuan-perempuan yang dirogol atau diperkosa oleh
lelaki yang melakukan perzinaan dan telah disabit dengan bukti –bukti yang
diperlukan oleh syarak dan tidak menimbulkan sebarang keraguan dipihak hakim
bahawa perempuan itu dirogol dan diperkosa, maka dalam kes ini perempuan itu
tidak boleh dijatuhkan dan dikenakan hukuman hudud,dan ia tidak berdosa dengan
sebab perzinaan itu.
Lelaki yang
merogol atau memperkosa perempuan melakukan perzinaan dan telah sabit
kesalahannya dengan bukti – bukti dan keterangan yang dikehendaki oleh syarak
tanpa sebarang keraguan dipihak hakim, maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman
hudud keatas lelaki yang merogol perempuan itu, iaitu wajib dijatuhkan dan
dikenakan ke atas lelaki itu hukuman rejam dan sebat.
Perempuan-perempuan yang telah disabitkan oleh hakim
bahawa ia adalah dirogol dan diperkosa oleh lelaki melakukan perzinaan, maka
hakim hendaklah membebaskan perempuan itu dari hukuman hudud (tidak boleh
direjam dan disebat) dan Allah mengampunkan dosa perempuan itu di atas
perzinaan secara paksa itu.
Liwat
Liwat
ialah melakukan persetubuhan di dubur, sama ada dubur lelaki atau dubur
perempuan walaupun dubur isterinya sendiri.
Melakukan persetubuhan didubur
hukumnya adalah haram dan sama seperti bersetubuh difaraj perempuan yang bukan
isterinya, dan juga sama hukumannya dengan berzina. Mereka yang melakukan
liwat, wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu direjam sehingga mati, jika orang
yang berliwat itu muhsin. Dan dikenakan hukuman sebat 100 kali sebat dan buang
negeri selama setahun, jika berliwat dengan bukan muhsin.
(Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 111-112)
MUSAHAQAH
(LESBIAN)
Melakukan sesuatu perbuatan untuk
memuaskan nafsu seks diantara perempuan dengan perempuan dengan mengeselkan
faraj dengan faraj mereka berdua hingga mendatangkan berahi dan merasa
kelazatan dengan sebab pergeselan faraj diantara kedua-dua orang perempuan itu.
Musahaqah adalah suatu perbuatan yang haram dan wajib
dikenakan hukuman takzir, dimana kesalahan musahaqah itu boleh disabitkan
dengan bukti-bukti yang dikehendaki untuk mensabitkan kesalahan-kesalahan yang
wajib dikenakan hukuman takzir. Dan kesalahan liwat hendaklah disabitkan
kesalahan itu dengan bukti –bukti sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak
untuk membuktikan zina.
MENDATANGI BINATANG
Seseorang yang
mendatangi binatang tidak boleh diistilahkan sebagai orang yang berzina.
Perbuatan mereka itu boleh diistilahkan suatu perbuatan yang haram dan keji
yang wajib dijatuhkan hukuman takzir.
BERSETUBUH
DENGAN ORANG YANG TELAH MATI
Lelaki yang
mensetubuhi perempuan yang telah mati yang bukan isterinya tidak boleh
diistilahkan melakukan perzinaan, tetapi lelaki itu wajib dikenakan hukuman
takzir. Begitu juga perempuan yang memasukkan zakar lelaki yang telah mati yang
bukan suaminya ke dalam farajnya tidak boleh juga dikira sebagai berzina,
tetapi perempuan itu wajib juga dikenakan hukuman takzir.
Oleh itu bagi
perkara tersebut diatas lelaki dan perempuan itu tadi wajib dikenakan hukuman
takzir sahaja dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud.
BUKTI-BUKTI
UNTUK MENSABITKAN KESALAHAN ZINA
Untuk
mensabitkan seseorang itu bersalah dalam kes zina yang wajib dikenakan hukuman
hudud mestilah dibuktikan dengan salah satu perkara-perkara berikut:-
i) Perzinaan itu mestilah disaksikan oleh empat orang
saksi lelaki. Sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud:
”Dan sesiapa
yang melakukan perbuatan keji (zina) diantara perempuan-perempuan kamu maka
carilah empat orang lelaki diantara kamu menjadi saksi terhadap
perbuatan-perbuatan mereka”.
( Surah An-Nisaa’ – Ayat 15)
( Surah An-Nisaa’ – Ayat 15)
ii) Ikrar
(pengakuan) daripada orang yang melakukan zina. Ikrar ini hendaklah dibuat
dihadapan imam atau wakilnya seperti hakim atau kadhi.
iii) Qarinah, iaitu perkara-perkara yang menunjukkan
berlaku perzinaan, misalnya hamil bagi perempuan-perempuan yang tidak bersuami,
atau tidak diketahui perempuan itu ada suami.
KELAYAKAN SAKSI –SAKSI DALAM KES ZINA
Saksi-saksi yang layak untuk menjadi saksi dalam kes
kesalahan berzina yang boleh diterima penyaksiannya ialah mereka yang memenuhi
syarat-syarat berikut:-
1. 4 orang lelaki
2. Baligh, telah dewasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak.
3. Berakal
4. Orang yang adil, iaitu tidak melakukan dosa besar dan dosa –dosa kecil.
5. Orang Islam
6. Saksi-saksi itu kesemuanya mestilah benar-benar melihat dengan matanya sendiri masuk kemaluan lelaki itu kedalam kemaluan perempuan itu seperti keris masuk kedalam sarungnya.
7. Keterangan saksi-saksi itu mestilah jelas, iaitu menerangkan secara hakiki masuk zakar lelaki itu ke dalam lubang faraj perempuan itu sebagaimana yang berlaku – bukan secara kiasan.
8. Saksi-saksi itu mestilah melihat sendiri perzinaan itu dilakukan dalam satu tempat yang tertentu dan dalam satu masa yang sama (tidak berlainan tempat dan masa).
2. Baligh, telah dewasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak.
3. Berakal
4. Orang yang adil, iaitu tidak melakukan dosa besar dan dosa –dosa kecil.
5. Orang Islam
6. Saksi-saksi itu kesemuanya mestilah benar-benar melihat dengan matanya sendiri masuk kemaluan lelaki itu kedalam kemaluan perempuan itu seperti keris masuk kedalam sarungnya.
7. Keterangan saksi-saksi itu mestilah jelas, iaitu menerangkan secara hakiki masuk zakar lelaki itu ke dalam lubang faraj perempuan itu sebagaimana yang berlaku – bukan secara kiasan.
8. Saksi-saksi itu mestilah melihat sendiri perzinaan itu dilakukan dalam satu tempat yang tertentu dan dalam satu masa yang sama (tidak berlainan tempat dan masa).
Qazaf
PENGERTIAN
QAZAF
Pengertiannya ialah melimparkan tuduhan zina kepada
orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunanya.
PEMBAGIAN QAZAF
1.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud, seperti
seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan
empat saksi lelaki yang adil.
2.) Qazaf
yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzir seperti seseorang
menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum arakatau murtad dan
sebagainya, termasuk mencaci, memaki dan lain-lainnya yang boleh menjatuhkah
marwah seseorang dan menghinanya.
Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa
mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalahharam dan
termasuk dalam dosa besardan wajib dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak
80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya kerana dia
adalah orang fasiq. Sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud:
”Dan
orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang
terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi.
Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka
itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq”.
(Surah An- Nur ayat 4)
(Surah An- Nur ayat 4)
PENUDUH YANG
BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN QAZAF
1. Berakal
2. Baligh
3. Kemahuan sendiri tidak dipaksa
4. Mengetahui haramnya Qazaf
5. Bukan ibu bapa dan datuk ke atas kepada orang yang dituduh.
2. Baligh
3. Kemahuan sendiri tidak dipaksa
4. Mengetahui haramnya Qazaf
5. Bukan ibu bapa dan datuk ke atas kepada orang yang dituduh.
Jika orang yang menuduh itu gila atau kanak-kanak yang
belum baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had Qazaf keatas mereka. Ini
sebagaimana berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh
Imam Bukhari yang bermaksud:
”Allah tidak
akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh,
orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya dan orang yang gila sehingga
ia sembuh dari gilanya”.
(Riwayat Bukhari Fi Muslim)
(Riwayat Bukhari Fi Muslim)
CARA-CARA
MELAKUKAN QAZAF
Dalam Qanun Jenayah Sayr’iyyah cara melakukan Qazaf
terdapat tiga cara:
1. Tuduhan yang dibuat secara sarih (terang dan jelas), iaitu tuduhan yang
menggunakan perkataan-perkataan yang jelas dan tepat yang tidak boleh
ditafsirkan kepada maksud yang lain selain daripada zina dan penafian nasab
(keturunan)
2. Tuduhan yang dibuat secara kinayah
(kiyasan), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak
tepat yang boleh membawa erti zina atau selainnya.
3 .Tuduhan yang dibuat secara ta’ridh
(sindiran), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak
tepat juga yang boleh memberi pengertian yang lain daripadazina sebagaimana
dilakukan dalam perkataan kinayah.
BUKTI-BUKTI
YANG MENSABITKAN KESALAHAN QAZAF
Kesalahan Qazaf boleh disabitkan dengan salah satu
dari bukti –bukti yang berikut:-
1. Syahadah (penyaksian)
2. Ikrar (pengakuan)
3. Yamin (sumpah)
2. Ikrar (pengakuan)
3. Yamin (sumpah)
Minum Arak (Khamar)
PENGERTIAN ARAK
Arak ialah
minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata
khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia
mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya
dan lupakan Allah.
Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit
atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu
adalah najis ainnya. Firman Allah yang bermaksud :
”Wahai orang-orang
yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan
mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis
/ keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu
berjaya”.
(Surah Al- Maidah ayat 90)
HUKUM ORANG
YANG MINUM ARAK
Dalam Qanun
jenayah syar’iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau
sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atai tidak, wajib
dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang
dari 40 kali sebat. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang
diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud:
”Rasulullah
s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina
Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat
sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah
yang paling akau suka”.
KESABITAN
KESALAHAN MINUM ARAK(KHAMAR)
Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak
(khamar) adalah tertakluk dibawah tiga sebab:
1.Minuman yang diminum itu ialah khamar, iaitu minuman
yang memabukkan dan yang menghilangkan akal fikiran manusia
2. Orang
yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminum tadi memabukkan
dan menutup akal fikiran.
3 Sengaja melakukan kesalahan meminum minuman
yang memabukkan.
Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan,
dan ia tidak tahu bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak
boleh dikenakan hukuman had keatas orang yang meminum minuman itu, sekalipun
dengan sebab meminum tadi ia menjadi mabuk.
PEMINUM ARAK
YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUM HADD
Orang yang melakukan kesalahan minum arak (khamar)
yang wajib dikenakan hukuman hadd adalah tertakluk dibawah syarat-syarat
berikut:
1. Baligh
2. Berakal
3. Kemauan sendiri tanpa dipaksa oleh siapa
4. Minuman itu masuk kedalam rongga melalui mulut
2. Berakal
3. Kemauan sendiri tanpa dipaksa oleh siapa
4. Minuman itu masuk kedalam rongga melalui mulut
Kanak – kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak (khamar) tidak boleh dikenakan hukuman hadd ke atas mereka, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dianggap sebagai perbuatan jenayah syar’iyyah yang boleh dikenakan hukuman hadd. Ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
”Allah tidak
akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh,
orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga
ia sembuh dari gila’.
(Riwayat Bukhari dalam Sahih)
BUKTI-BUKTI
YANG MENSABITKAN KESALAHAN MINUM ARAK (KHAMAR)
Bukti – bukti yang mensabitkan kesalahan seseorang itu
minum arak (khamar) yang boleh dikenakan hukuman hadd adalah sebagaimana
berikut:-
1) Syahadah (kesaksian)
2) Ikrar (pengakuan)
2) Ikrar (pengakuan)
Kesalahan minum arak (khamar) boleh dibuktikan dengan
keterangan lisan yang diberi oleh dua orang saksi atau dengan ikrar (pengakuan)
yang dibuat oleh oarang yang dituduh itu dengan kerelaan dirinya sendiri tanpa
paksaan dari mana-mana pihak.
Saksi-saksi dari pihak pendakwa atau penuduh mestilah
terdiri dari dua orang lelaki yang mempunyai syarat-syarat yang cukup. Jika
saksi-saksi itu semuanya terdiri dari orang-orang perempuan atau seorang lelaki
berserta dengan beberapa orang perempuan, maka kesaksian mereka itu tidak boleh
diterima dan tidak boleh disabitkan kesalahan orang yang dituduh tadi, kerana
kesaksian mereka itu boleh mendatangkan keraguan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar